PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan
yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman
cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang
tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk
nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah ,
congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Pengenalan
Batu
Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan
secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya
ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau
ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang
mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu
hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh.
Pengenalan
Gasing
popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan.
Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung,
gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing
berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing
pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana
saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Cara Bermain Permainan GasingGasing
dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing
uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk
gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya
berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah
pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas
dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya
menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh
dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm
dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi
seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah
dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Pengenalan
Permainan
sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga
menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali
dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu
sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola
sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat
seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia
Cara Bermain
Permainan
ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain
lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah
bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke
bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
Pengenalan
Permainan
wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari
oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke
15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau
dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau
burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala
budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau
bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan
awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan
dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga
menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Cara Bermain
Pada
kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang
tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin
dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut
tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau
yang berwarna-warni itu.
PengenalanPermainan
congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh
kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang
pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak
dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak,
lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula
ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang
sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil
"kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.
Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak
a)Permainan
ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya
"buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah
di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c)
Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang
mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya
ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati
di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di
akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung
masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju
ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah
dalam kampung ianya dikira kalah.